Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan lelaki cuba seludup minyak petrol ke Filipina

Polis Marin tahan lelaki cuba seludup minyak petrol ke Filipina

by Air Times News Network

SEMPORNA, 12 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup keluar minyak petrol ke Filipina di kawasan Laut Tanjung Pantau-Pantau, Pulau Bum Bum, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohamad Ismail berkata, sebuah bot laju yang di juragani lelaki tersebut dalam keadaan mencurigakan telah ditahan pada jam 11.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot itu, telah menjumpai minyak petrol tanpa permit yang disyaki cuba diseludup keluar ke Filipina,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM15,168.50,” katanya dalam hantaran media sosial PPM Wilayah 4 hari ini.

Menurut Mohamad, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna dan di serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply