Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kerjasama ATM, Imigresen tumpaskan 2 tekong – Leftenan Kolonel Nor Azlim

Kerjasama ATM, Imigresen tumpaskan 2 tekong – Leftenan Kolonel Nor Azlim

by Nurulhuda

DUA TEKONG yang dikehendaki pasukan keselamatan berjaya diberkas oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan di perairan Johor.

Pegawai Memerintah, Rejimen 61 Artileri Diraja (61 RAD), Leftenan Kolonel Nor Azlim Nawi berkata, tangkapan 2 individu terdiri daripada seorang tekong warganegara Malaysia dan warganegara Indonesia ini merupakan hasil kerjasama antara pasukannya dengan agensi-agensi lain yang terlibat terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Tangkapan ini telah dibuat disekitar kawasan tanggungjawab Operasi Merpati di dalam Op Benteng pada kali ini,

“Tangkapan 2 orang tekong ini bermula dari hasil risikan atau maklumat risikan yang kami perolehi,

Tangkapan 2 tekong yang dikehendaki ini merupakan hasil kerjasama antara anggota Rejimen 61 Artileri Diraja (61 RAD) dengan agensi-agensi lain yang terlibat terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).- Pegawai Memerintah 61 RAD, Leftenan Kolonel Nor Azlim Nawi.

“Bertindak dari maklumat yang kami perolehi, kami telah mengaturgerakan elemen-elemen seperti kumpulan pemerhati dan juga QRF (Quick Reaction Force) untuk membuat pemantauan dan pemerhatian di kawasan yang disyaki akan digunakan oleh tekong tersebut dalam menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia,

“Tangkapan ini tidak mengambil masa yang singkat. Bermula daripada perolehan maklumat perisikan daripada agensi yang terlibat, kami mengambil masa lebih kurang 5 hari sebelum tangkapan dibuat,

“Dan tekong tersebut berjaya ditangkap bersama sama dengan PATI yang diseludup,” katanya kepada Air Times ketika ditemui.

Tekong berpengaruh di kawasan operasi

Nor Azlim menjelaskan, individu tersebut merupakan tekong yang berpengaruh dan telah lama menjalankan aktiviti penyeludupan PATI di dalam kawasan berkenaan.

“Tekong dan kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses dokumentasi dan soal siasat,

Kedua-dua tekong warga tempatan dan Indonesia ditahan bersama PATI yang diseludup.

“Seterusnya, 2 orang tekong tersebut telah diserahkan kepada pihak JIM untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Jelas Nor Azlim, dengan tangkapan tersebut, pasukannya dapat mengetahui modus operandi yang digunakan oleh penyeludup di dalam aktiviti penyeludpan PATI untuk mempertingkatkan pelaksanaan Op Benteng pada masa akan datang.

5 PATI warganegara China ditahan

Sementara itu, beliau turut menjelaskan, pasukannya juga berjaya membuat tangkapan dan penahanan 5 PATI warganegara China.

“Hasil daripada soal siasat yang kami laksanakan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), kami dapati bahawa PATI warganegara China ini diseludup masuk ke Malaysia untuk dihantar pulang ke Thailand melalui Malaysia,

“Kelima-lima PATI warganegara China tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah dan hasil daripada soal siasat mendapati bahawa ejen penyeludup di Malaysia akan menguruskan pasport warganegara China tersebut sebelum dihantar pulang ke negera asal mereka,” ujarnya.

 

Pasukan 61 RAD merupakan unit yang ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab menjaga sempadan perairan negara menerusi Op Benteng dalam mengekang kemasukkan PATI ke tanah air. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply