Home PolitikPakatan Harapan Adly kembali jadi Ketua Menteri jika menang PRN Melaka – Anwar

Adly kembali jadi Ketua Menteri jika menang PRN Melaka – Anwar

by Nurulhuda

MELAKA, 10 Nov – Pakatan Harapan (PH) menamakan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebagai Ketua Menteri sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka mahu menonjolkan satu tokoh untuk memimpin kerajaan negeri, dan prestasi Adly selama 22 bulan nyata memenuhi kriteria tersebut.

Menurutnya, atas faktor itu jelas beliau, pihaknya sebulat suara untuk menamakan Adly yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil sebagai calon Ketua Menteri.

“Kita telah menonjolkan satu tokoh yang pernah memimpin PH dan naratif kita itu konsisten,

“Apa saja langkah untuk menstabilkan mandat PH harus kita dokong, InsyaAllah jika kita memang, beliau (Adly) akan diangkat sebagai Ketua Menteri untuk meneruskan agenda,” katanya pada pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama PH, hari ini.

Adly, yang juga Pengerusi PH Melaka dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) telah memenangi kerusi DUN Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, dan mentadbir Melaka selama 22 bulan, sebelum Kerajaan Negeri bertukar pada Mac 2020.

Untuk PRN Melaka, Adly bakal menghadapi bakal dicabar Datuk Hasnoor Husin (BN), Muhammad Al Afiz Yahya (PAS) dan Abdul Hamid Mustapah (BEBAS) dalam persaingan 4 penjuru.

Turut hadir Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Adly.

Anwar berkata, penetapan calon KM adalah perlu, dan beliau menjangkakan sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), maka akan terjadi kekecohan besar, dan akhirnya mengakibatkan ketidakstabilan pada Melaka.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply