Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 4,547 anggota tentera, kakitangan Kementerian Pertahanan terima dos penggalak di Sarawak

4,547 anggota tentera, kakitangan Kementerian Pertahanan terima dos penggalak di Sarawak

by Nurulhuda

KUCHING, 10 Nov – Seramai 4,547 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kakitangan awam Kementerian Pertahanan serta keluarga menerima dos penggalak vaksin COVID-19, di Sarawak, hari ini.

Panglima Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, program suntikan vaksin akan dilaksanakan di 5 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri bermula hari ini dan dijangka selesai pada 16 November ini.

Dzulkafli berkata, seramai 1,149 penerima telah menerima suntikan dos penggalak di Muara Tuang manakala 299 orang penerima di PPV Kem Pakit Sri Aman.

“Seramai 266 akan disuntik di PPV Kem Similajau, Bintulu, manakala 2,078 individu lagi di PPV Kem Oya, Sibu dan serta 755 di PPV Kem Sri Miri,

“Pemberian dos penggalak kepada anggota di barisan hadapan terutama anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) amat diperlukan terutama bagi yang bertugas di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat,” ujarnya selepas meninjau perlaksanaan program vaksinasi pandu lalu di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, pada Rabu.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTD) Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd), Brigediar Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff.

Tambahnya, ATM akan terus komited menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan memperluaskan program seumpama bagi mempercepatkan proses pemberian dos penggalak untuk meningkatkan tahap imunisasi serta memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply