Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Rondaan bermotosikal kekang kemasukan PATI, pertingkat kesiagaan Tentera Darat

Rondaan bermotosikal kekang kemasukan PATI, pertingkat kesiagaan Tentera Darat

by Air Times News Network

PENGLIBATAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam penugasan Operasi Benteng (Op Benteng) telah berjaya mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan di sempadan negara.

Keperluan bagi penugasan Op Benteng juga menyaksikan aturgerak pelbagai kenderaan termasuklah kenderaan pacuan 4 roda dan motor lasak yang dibekalkan kepada pasukan-pasukan di kawasan operasi.

Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama bersepadu 19 agensi lain telah berjaya menahan 16,430 PATI, 1,171 tekong dan 905 penyeludup sejak Mei tahun lalu.

Kenderaan-kenderaan sebegini memainkan peranan untuk meningkatkan aspek mobiliti dalam penugasan Op Benteng di sempadan negara. Ia juga sejajar dengan tonggak pertama Perintah Ulung Panglima TD iaitu ‘Kelangsungan Misi dan Kesiagaan’.

Op Benteng di Timur Johor telah menempatkan motosikal Scrambler WMoto SXR 300cc bagi tujuan ronda jarak jauh dan pemeriksaan ke atas kenderaan yang mencurigakan di kawasan tanggungjawab (KTJ).

Op Benteng di Timur Johor telah menempatkan motosikal Scrambler WMoto SXR 300cc bagi tujuan ronda jarak jauh dan pemeriksaan ke atas kenderaan yang mencurigakan di kawasan tanggungjawab.

Motosikal scrambler tingkat keberkesanan Op Benteng 

Pegawai Memerintah 61 Rejimen Artileri Diraja (61 RAD), Leftenan Kolonel Nor Azlim Nawi berkata, anggota bermotosikal yang diaturgerakkan ke KTJ ini terdiri daripada 4 anggota atau 2 buah kenderaan, Scrambler WMoto SXR 300cc.

Menurutnya pelaksanaan kumpulan rondaan bermotosikal merupakan pendekatan yang baharu dalam Op Benteng.

Kumpulan rondaan bermotosikal merupakan pendekatan yang baharu dalam Op Benteng.- Pegawai Memerintah 61 Rejimen Artileri Diraja (61 RAD), Leftenan Kolonel Nor Azlim Nawi

“Aturgerak kumpulan bermotosikal sangat berkesan kerana anggota boleh digerakkan ke mana-mana kawasan bergantung kepada maklumat perisikan semasa,

“Kumpulan ini juga senang untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain,” katanya kepada AirTimes.

Nor Azlim berkata, penggunaan kaedah rondaan bermotosikal ini dapat mempertingkatkan keberkesanan Op Benteng di kawasan yang dipertanggungjawabkan.

“Kaedah ini pada pendapat saya sangat relevan dan berkesan, dimana kita tahu salah satu faktor kejayaan pasukan di dalam operasi adalah mobiliti,

“Sehubungan itu, mobiliti yang ada dalam Op Benteng iaitu kenderaan bermotosikal akan meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan operasi dengan cepat dan pantas,

Anggota ronda bermotosikal diaturgerakkan ke lokasi yang tidak ditempatkan Pos Pemerhati.

“Sekiranya diperlukan untuk melakukan penjejakan dan pengejaran PATI, tekong atau aktiviti penyeludup, kumpulan ini boleh serta mampu melaksanakan tugasan tersebut,” tambahnya.

Ia juga boleh dikatakan sebagai kumpulan pendahuluan, atau kumpulan yang akan mengejar PATI, penyeludup atau tekong.

Anggota bermotorsikal diaturgerakkan ke lokasi yang tidak ditempatkan Pos Pemerhati

Penugasan kumpulan bermotosikal ini terdiri daripada sebuah kenderaan yang dinaiki 2 anggota iaitu penunggang dan pengiring yang dibahagi kepada 4 kumpulan untuk diaturgerakkan ke KTJ masing-masing.

Sebelum anggota bermotosikal keluar meronda, mereka terlebih dahulu akan membuat persiapan daripada segi kelengkapan peralatan dan keadaan kenderaan supaya berada dalam keadaan baik.

Selepas persiapan dan pemeriksaan dibuat, kesemua anggota akan diberikan taklimat oleh ketua tim mengikut KTJ masing-masing.

Anggota ronda bermotosikal diberikan taklimat oleh ketua tim mengikut kawasan tanggungjawab masing-masing.

Setelah selesai taklimat yang diberikan, anggota bergerak keluar mengikut kumpulan ronda yang ditetapkan menuju ke kawasan yang telah ditetapkan.

Semasa rondaan dijalankan, anggota bermotosikal akan membuat pemeriksaan di sekitar laluan yang gelap dengan menyuluh lampu bagi tujuan pemeriksaan sekiranya terdapat PATI yang bersembunyi.

Sekiranya anggota mengesan kehadiran PATI di kawasan tersebut, anggota bermotosikal akan segera melaporkan kepada Markas Taktikal. Pada masa yang sama, anggota pengiring akan memantau pergerakan PATI sebelum menerima bantuan dari anggota bermotosikal yang lain.

Terlebih dahulu penunggang motosikal akan menurunkan pengiring bagi memastikan PATI yang dikesan tidak dapat melarikan diri sebelum serbuan dilakukan. Penunggang motosikal pula akan membuat rondaan di sekitar jalan raya sementara menunggu bantuan anggota Quick Reaction Forces (QRF) bagi misi pencarian PATI.

Anggota ronda bermotosikal juga akan menahan dan memeriksa kenderaan yang dikesan dalam keadaan mencurikan.

Anggota ronda bermotosikal menahan dan memeriksa kenderaan yang dikesan dalam keadaan mencurikan.

Pegawai Risik Op Benteng, Kapten Muhammad Rizal Azmar berkata, setelah menerima laporan daripada tim ronda bermotosikal yang mengesan pergerakan yang mencurigakan di sekitar KTJ, beliau telah mengarahkan tim ronda lain untuk memberi bantuan awal sehingga QRF tiba di kawasan tersebut.

Pencarian saki baki PATI diteruskan oleh QRF dengan dibantu oleh tim dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama bersepadu 19 agensi termasuk ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi-agensi lain sejak Mei tahun lalu telah berjaya menahan 16,430 PATI, 1,171 tekong dan 905 penyeludup.

Selain daripada itu, seramai 2,595 orang PATI telah berjaya diusir, manakala sebanyak 2,675 buah kenderaan darat dan 566 buah kapal atau bot telah dirampas sehingga 7 November 2021.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply