Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal tangki Thailand berlabuh tanpa kebenaran

APMM tahan kapal tangki Thailand berlabuh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 8 Nov – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki Thailand berdaftar di perairan Johor Timur semalam.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot ronda Maritim Malaysia telah menahan kapal tangki itu di kedudukan 8.3 batu nautika timur Tanjung Siang.

“Kapal tangki berkenaan dikendalikan oleh 14 kru lelaki warga Thailand berumur antara 25 tahun hingga 51 tahun serta memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu baru tiba di lokasi namum gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam hantaran media sosial APMM.

Beliau berkata, nakhoda kapal dan ketua jurutera kapal dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,

“Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply