Home PolitikBarisan Nasional PRN Melaka: BN tanding semua 28 kerusi DUN, 86 peratus muka baharu

PRN Melaka: BN tanding semua 28 kerusi DUN, 86 peratus muka baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) membuat keputusan bergerak bersendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, 86 peratus muka baharu ditampilkan, dengan hanya 4 penyandang kekal.

“UMNO akan meletakkan calon di 20 DUN, MCA (7) dan MIC mengekalkan satu kerusi,

“Dengan itu BN telah membuat tema untuk PRN Melaka iaitu Kestabilan Demi Kemakmuran,” katanya pada sidang media sempena pengumuman calon PRN Melaka.

Menurut Mohamad, pada PRN Melaka ini, BN menampilkan 28 peratus calon yang berumur 45 tahun kebawah iaitu 5 wanita iaitu 4 dari UMNO dan satu dari MCA.

“Sesuai dengan tema Kestabilan Demi Kemakmuran, buat pertama kali dan hasil komitmen BN untuk memastikan kestabilan politik dapat dicapai agar kesejahteraan rakyat tidak diperjudikan oleh mainan politik yang tidak bermaruah serta bermoral,

“Kesemua calon BN yang diketengahkan pada PRN kali ini, perlu menandatangani perjanjian untuk tidak melakukan tindakan melompat parti dan akan dikenakan tindakan undang-undang sesuai dengan terma-terma perjanjian yang ditandatangani,” jelasnya.

Kata Mohamad, kesemua calon BN yang akan bertanding di semua 28 kerusi DUN bagi PRN Melaka pada 20 November ini sudah melepasi tapisan keselamatan. – airtimes.my

Senarai nama calon Barisan Nasional (BN) PRN Melaka 2021

N1 Kuala Linggi

Rosli Abdullah

N2 Tanjung Bidara

Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh

N3 Ayer Limau

Hameed Mytheen Kunju Basheer

N4 Lendu

Datuk Seri Sulaiman Md Ali

N5 Taboh Naning

Zulkiflee Mohd Zin

N6 Rembia

Datuk Muhammad Jailani Khamis

N7 Gadek

P.Shanmugam a/l Ptcyhay

N8 Machap Jaya

Ngwe Hee Sem

N9 Durian Tunggal

Zahari Abd Kalil

N10 Asahan

Fairul Nizam Roslan

N11 Sungai Udang

Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

N12 Pantai Kundor

Tuminah Kadi@Mohd Hasim

N13 Paya Rumput

Datuk Rais Yasin

N14 Kelebang

Datuk Lim Ban Hong

N15 Pengkalan Batu

Datuk Kalsom Nordin

N16 Ayer Keroh

Yong Fun Juan

N17 Bukit Katil

Datuk Hasnoor Sdg Husin

N18 Ayer Molek

Datuk Rahmad Mariman

N19 Kesidang

Leong Hui Ying

N20 Kota Laksamana

Benjamin Low Chin Hong

N21 Duyong

Mohd Noor Helmy Abdul Halem

N22 Bandar Hilir

Lee Kah Sean

N23 Telok Mas

Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

N24 Bemban

Datuk Koh Chin Han

N25 Rim

Datuk Khaidhirah Abu Zahar

N26 Serkam

Datuk Mohd Zaidi Attan

N27 Merlimau

Dr Muhamad Akmal Saleh

N28 Sungai Rambai

Siti Faizah Abdul Azis

 

Related Articles

Leave a Reply