Home SemasaGlobal Rusia terima 2 kapal selam kuasa nuklear baharu tahun hadapan

Rusia terima 2 kapal selam kuasa nuklear baharu tahun hadapan

by M.Daim

MOSKOW, 3 Nov – Tentera Laut Rusia dijangka akan menerima 2 buah kapal selam berkuasa nuklear yang baharu pada tahun hadapan.

Kedua-dua kapal selam tersebut dijangka akan beroperasi dalam Armada Pasifik tentera laut negara kuasa besar itu.

“Sebuah kapal selam kelas BOREI-A dan YASEN-M akan diserahkan kepada kerajaan Rusia pada tahun hadapan,” lapor agensi Tass.

Kapal selam kelas Borei-A (Project 955-A), GENERALISSIMUS SUVOROV berupaya untuk membawa 16 peluru berpandu balistik pada satu-satu masa.

Sementara itu, Yasen-M (Project 855M) dilengkapi dengan 8 tiub pelancar peluru berpandu. Ia berupaya untuk melancarkan pelbagai jenis peluru berpandu termasuk peluru berpandu kruis dan peluru berpandu hipersonik, Zircon. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply