Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM sudah nyatakan niat peroleh F/A-18D dari Kuwait – Panglima Tentera Udara

TUDM sudah nyatakan niat peroleh F/A-18D dari Kuwait – Panglima Tentera Udara

by M.Daim

KUANTAN, 2 Nov – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM hari ini mengesahkan pihaknya telah berhubung dengan Tentera Udara Kuwait berhubung perolehan F/A-18 Hornet dari negara rantau Teluk Arab itu.

“Saya dan Panglima Angkatan telah menghantar surat Request for Information kepada pihak Kuwait sebaik sahaja kita mendengar mereka mahu menjual pesawat tersebut,

“Melalui surat tersebut, kita daftarkan keinginan untuk peroleh F/A-18D sekira mereka mahu jual pesawat tersebut,” katanya semasa sidang media Eksesais Paradise 2021 di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.

Ackbal menambah, pihaknya telah menjalankan usaha untuk melakukan perolehan pesawat tersebut.

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Kuwait di Dubai Airshow sekiranya berkesempatan.

“Jika berkesempatan, saya akan berjumpa dengan Panglima Tentera Udara Kuwait untuk berbincang dan bertanyakan sama ada mereka mempunyai niat untuk menjual pesawat ini,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply