Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 3 PATI ingin pulang ke Thailand guna lorong tikus ditahan

3 PATI ingin pulang ke Thailand guna lorong tikus ditahan

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 2 Nov – Tindakan 3 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand untuk pulang ke negara asal mereka gagal apabila ditahan oleh anggota pasukan yang menjalankan Operasi Benteng (Op Benteng), pada Isnin.

Markas Kedua Infantri Malaysia (2 Div) berkata, penahanan dibuat oleh anggota ronda yang telah ternampak 3 orang awam lelaki di kebun getah menuju ke pagar sempadan negara dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota bertugas telah bertindak menahan semua lelaki tersebut dan di bawa ke Pos 5 untuk siasatan awal. Hasil siasatan awal mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia,

“Hasil siasatan terhadap 3 warga asing tersebut yang berusia dalam lingkungan umur antara 28 tahun ke 50 tahun merupakan warganegara Myanmar,

“Mereka menggunakan lalauan yang tidak sah untuk pulang ke negara asal melalui sempadan Malaysia-Thailand dan tidak mempunyai pas perjalanan yang sah,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 3,682.40 melibatkan Matawang Malaysia bersama 5 buah telefon bimbit.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Alor Setar dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” jelas kenyataan itu.

Munurut 2 Div, pihaknya sentiasa bersedia mengawal sebilang masa dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply