Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan pekerja MASkargo KLIA terlibat penyeludupan dadah RM8.1 juta

Polis tahan pekerja MASkargo KLIA terlibat penyeludupan dadah RM8.1 juta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar kegiatan penyeludupan dadah ke luar negara yang melibatkan kakitangan MASkargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain bekata, seramai 4 orang lelaki termasuk 2 kakitangan MASkargo KLIA ditangkap pada 22 hingga 26 Oktober lalu.

“Tangkapan pertama telah dilakukan bertempat di Core 3 Paddock 54 di MAS Kargo iaitu dengan penahanan seorang lelaki Melayu,

“Turut dirampas 200 kilogram dadah jenis syabu (Methapetamine) yang sepatutnya dihantar ke Auckland, New Zealand,” katanya menerusi sidang media pada hari ini.

Menurut Razarudin, kejayaan dalam mematahkan cubaan penyeludupan dadah tersebut adalah hasil daripada maklumat pihak keselamatan dengan kehadiran barang tersebut semasa melakukan pemeriksaan dengan menggunakan mesin pengimbas.

Sebanyak 36 bungkusan dadah jenis methapetamine sebanyak 180 paket berjumlah 200 kilogram dalam 5 buah kotak yang diimbas.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan aset bernilai RM 8.33 juta.

Razarudin menegaskan kerjasama semua pihak dapat menyekat aktiviti penyeludupan dadah ke luar negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply