Home Semasa Tentera Laut Filipina uji misil Spike ER buatan Israel

Tentera Laut Filipina uji misil Spike ER buatan Israel

by M.Daim

MANILA, 31 Okt – Tentera Laut Filipina (Philippine Navy, PN) telah berjaya melaksanakan ujian penembakan misil anti-armor buatan Israel, Spike ER.

Ujian penembakan merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam latihan ketenteraan Eksesais Pagsisikap 2021.

“Misil dilancarkan dari kapal tempur pelbagai guna (Multi-Purpose Attack Craft, MPAC) semasa simulasi penembakan bantuan,

“Spike ER berjaya mengenai sasaran sejauh 4 kilometer,” kata media Filipina yang memetik kenyataan PN.

Eks Pagsisikap 2021 dilaksanakan oleh PN bagi menguji kekuatan dan keupayaan tentera laut negara itu dalam pelbagai situasi semasa.

Penembakan misil kali ini merupakan kali kedua dilakukan semenjak ia diterima oleh Filipina dari Israel pada tahun 2018. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply