Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat usir 21 PATI Indonesia ceroboh masuk Sarawak

Tentera Darat usir 21 PATI Indonesia ceroboh masuk Sarawak

by Nurulhuda

KUCHING, 31 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berjaya menahan dan mengusir keluar 21 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menceroboh masuk ke Sarawak dalam Operasi Benteng (Op Benteng).

Sel Perhubungan Raya 1 Div dalam kenyataan berkata, penahanan dan pengusiran tersebut dilakukan dalam 2 kejadian berasingan di Kandaie dan Lubok Antu.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada 30 Oktober 21, di mana anggota rondaan telah mengesan dan menahan 4 orang lelaki berusia di antara 17 hingga 55 tahun sedang berjalan memasuki Sarawak kira-kira 100 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia.

“Mereka memberikan alasan memasuki Malaysia untuk mencari hasil hutan,” jelasnya.

Manakala, dalam kejadian kedua pula berlaku pada pagi 31 Oktober 21 di Lubok Antu. Sepasukan anggota yang sedang melaksanakan rondaan berjaya mengesan sekumpulan 17 orang dipercayai PATI sedang berjalan kaki memasuki Sarawak kira-kira 100 m dari sempadan Malaysia – Indonesia.

“Hasil siasatan lanjut yang dilakukan mendapati kumpulan tersebut yang terdiri daripada 12 lelaki dan 4 wanita yang berusia di antara 21 hingga 52 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun,

“Mereka cuba menceroboh masuk ke Sarawak menggunakan laluan haram kerana ingin mencari peluang pekerjaan di Malaysia,

“Kesemua PATI yang ditahan telah dilaporkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya dan diusir keluar dari sempadan negara oleh anggota yang bertugas,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, 1 Div berkata, pihaknya akan terus komited memperkasakan pemantauan serta rondaan berterusan di sempadan negara terutamanya di kawasan lorong tikus bagi memastikan keselamatan persempadanan dan kedaulatan negara terpelihara daripada sebarang pencerobohan PATI ke Malaysia yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak COVID-19.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply