Home SemasaGlobal Taiwan meterai kontrak baharu pertahanan peluru berpandu dari AS

Taiwan meterai kontrak baharu pertahanan peluru berpandu dari AS

by M.Daim

TAIPEI, 30 Okt – Taiwan telah menandatangani kontrak baharu pertahanan peluru berpandu Patriot  PAC-3 dari Amerika Syarikat (AS).

Kontrak terbaharu ini memberi fokus kepada penyelenggaraan dan baik pulih Patrito PAC-3 yang digunakan oleh Tentera Udara Republik Taiwan.

“Kontrak bernilai US$35.63 juta ini adalah kesinambungan kepada kontrak yang dimeterai pada 31 Ogos yang bernilai US$46.29 juta,” lapor Taiwan News.

Sebanyak 350 aset pertahanan ini sedang digunakan di negara pulau itu.

Taiwan turut merancang untuk menambah 300 unit PAC-3 Missile Segment Enhancement (MSE) pada tahun 2025 dan 2026.

PAC-3 MSE merupakan varian tingkat upaya kepada sistem Patriot sedia ada. Ia mampu untuk menggempur sasaran sejauh 35 kilometer dan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk memintas peluru berpandu balistik. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply