Home Semasa Suami isteri antara 7 dalang ditahan, edar RM4.2 juta dadah

Suami isteri antara 7 dalang ditahan, edar RM4.2 juta dadah

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 31 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 7 individu termasuk sepasang suami isteri kerana terbabit dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah yang dianggarkan bernilai RM4.2 juta menerusi 4 serbuan berasingan di daerah ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, serbuan yang dijalankan pada 21 hingga 28 Oktober lalu itu telah membawa kepada penahanan kesemua individu tersebut termasuk seorang wanita warga asing berusia 39 hingga 48 tahun.

Menurutnya, sindiket ini aktif sejak pertengahan tahun dan dipercayai memperoleh dadah dari negara jiran untuk diedarkan di pasaran tempatan serta antarabangsa.

“Serbuan dijalankan di rumah yang dipercayai dijadikan tempat pembungkusan selain keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 587,222 penagih,

“Hasil serbuan, JSJN berjaya merampas dadah antaranya 115.1 kilogram syabu, 528 gram ketamin, 52.8 gram ecstasy, 91.8 gram dadah jenis mushroom, selain 10.5 gram Eramin 5 dan 9.17 gram pil yaba,

“Saringan awal air kencing mendapati 6 suspek termasuk suami isteri yang juga dalang sindiket itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Ahad.

Razarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua direman bagi tempoh dari tarikh tangkapan sehingga esok untuk membantu siasatan.

“Semakan mendapati 5 individu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,

“Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, yang mana sehingga kini, JSJN sudah menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM689,601,” tambahnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply