Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-8: Selamat kembali wira negara ke tanah air

MALBATT 850-8: Selamat kembali wira negara ke tanah air

by Nurulhuda

SUBANG, 30 Okt – Setelah setahun berbakti di bawah misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di Lubnan, kumpulan ketiga Malaysian Battalion 850-8 (MALBATT 850-8) tiba ditanah air, semalam.

Kumpulan ketiga MALBATT 850-8 melibatkan seramai 194 orang yang terdiri daripada 9 pegawai dan 185 anggota termasuk 2 pegawai serta 13 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ini diketuai oleh Mejar Sahbani Sam.

Ketibaan kumpulan ini telah disambut oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (MK AB), Mejar Jeneral Datuk Ahmad Tajuddin Abdul Ghani di Pangkalan Udara Subang.

“Beliau mewakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM mengucapkan selamat kembali ke tanah air serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-8 kumpulan ketiga kerana telah berjaya melaksanakan tugas di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan,

“Anggota MALBATT 850-8 ini telah melaksanakan tugas dengan efektif, efisien dan selamat serta menunjukkan kerjasama teguh di antara pasukan pemerhati kontinjen dari negara-negara lain termasuk Angkatan Tentera Lubnan termasuk juga rakyat setempat,” jelas MK AB dalam hantaran di media sosialnya pada Jumaat.

Menurutnya, semua pegawai dan anggota MALBATT 850-8 yang tiba di Malaysia telah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan COVID-19 dan menjalani kuarantin wajib di MALBATT Village bermula semalam.

Sementara itu, pada Khamis, kumpulan ketiga MALBATT 850-9 membabitkan 220 pegawai dan anggota yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Norzaini Ismail telah berlepas ke Lubnan.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad TUDM dan delegasi juga mengiringi kumpulan ini ke Lubnan bagi menyaksikan serah terima tugas MALBATT 850-8 dengan MALBATT 850-9 di Kem Marakah. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply