Home Semasa Pasukan Pengawal Pantai Taiwan terima kapal peronda baharu

Pasukan Pengawal Pantai Taiwan terima kapal peronda baharu

by M.Daim

TAIPEI, 28 Okt – Pasukan Pengawal Pantai Taiwan (Taiwan’s Coast Guard Administration) telah menerima sebuah kapal peronda luar pantai (OPV) baharu, hari ini.

Kapal diberi nama TAMSUI (CG-603), merupakan kapal kelas ANPING yang dibina oleh syarikat Taiwan, Jong Shyn Shipbuilding Company.

Kapal OPV 600 tan ini dibina berdasarkan rekaan kapal kovet kelas TUO CHIANG yang digunakan oleh Tentera Laut Taiwan.

Menurut CGA, kapal ini dilengkapi dengan meriam 20mm, meriam air dan roket. Ia mampu untuk berlayar pada kelajuan 44 knot.

“Kapal kelas ini berupaya untuk dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal Hsiung Feng II and Hsiung Feng III,

“Ia akan memainkan peranan sebagai kapal serang laju sekiranya berlaku peperangan,” katanya.

Selain penerimaan Tamsui, CGA turut melancarkan kapal ke-4 kelas Anping, Cijin.

Pada tahun 2018, kerajaan Taiwan telah meluluskan pelan perolehan 12 buah kapal OPV kelas Anping untuk kegunaan CGA. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply