Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Latihan Perang Borneo uji keupayaan, kesiagaan aset TLDM

Latihan Perang Borneo uji keupayaan, kesiagaan aset TLDM

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 28 Okt – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Borneo 8/2021 di perairan Laut China Selatan, kelmarin.

Markas Pemerintahan Armada Timur menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, latihan yang dilaksanakan mengikut konsep Field Training Exercise ini melibatkan KD SELANGOR, KD PERAK, KD KERIS, KD JERONG dan KD BAUNG.

Menurutnya, Skuadron 601 turut menyertai latihan ini dengan mengoperasikan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) mereka buat kali pertama.

“Pelaksanaan latihan ini dilihat sebagai medium yang berupaya melatih dan menilai keupayaan aset serta kecekapan warga Navy People dalam aspek navigasi, komunikasi dan peperangan maritim,

“Selain objektif utama, latihan Perang Borneo ini turut bertujuan memperagakan kehadiran aset TLDM di Zon Maritim Malaysia Timur,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply