Home Semasa Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol di Semporna

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol di Semporna

by Air Times News Network

SEMPORNA, 27 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah mengesan sebuah bot laju yang ditinggalkan tanpa juragan di kawasan Laut Kampung Batu, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohamad bin Ismail berkata, anggota ronda telah mengesan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan lebih kurang pda jam 6 petang di kawasan tersebut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati beberapa gelen jerikin muatan 30 liter berisi minyak petrol dan dipercayai akan diseludup ke negara jiran Filipina.

“Usaha mengesan juragan tidak berjaya kerana tiada yang datang menuntut bot laju bersama muatan tersebut,

“Bot laju bersama muatan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk diserah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM52,166.00 dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply