Home Semasa Pelanjutan moratarium bakal jadi perhatian di Parlimen

Pelanjutan moratarium bakal jadi perhatian di Parlimen

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Persoalan sama kerajaan akan melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Isu ini bakal dijawab oleh Menteri Kewangan semasa sesi soal jawab lisan.

Menurut Aturan Mesyuarat Parlimen, Khalid Samad turut bertanya sama ada pemberian moratorium tanpa faedah terakru akan diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Dalam sesi yang sama, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membangkitkan perancangan pihak Kementerian Pendidikan untuk menjadikan subjek pengurusan kewangan sebagai mata pelajaran mandatori di sekolah.

“Ini bagi mengelak lebih ramai anak muda terdedah dengan masalah kewangan pada masa depan,” kata Aziz yang mengajukan soalan kepada Menteri Kanan Pendidikan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply