Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas pelbagai minuman keras di Pelabuhan Klang

Polis Marin rampas pelbagai minuman keras di Pelabuhan Klang

by Air Times News Network

KLANG, 26 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki warganegara India dan merampas pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai di Pelabuhan Klang, hari ini.

Komander PPM Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pasukannya sedang melaksanakan rondaan telah mengesan seorang lelaki India dalam keadaan mencurigakan sedang membuka pintu sebuah van berisi minuman keras tidak bercukai.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada dokumen yang sah serta terdapat minuman keras pelbagai jenis tidak bercukai didalam van tersebut,

“Selain daripada itu, PPM juga telah menemui pelbagai jenis van lain dikawasan yang sama berisi minuman keras tidak bercukai,

“Modus operandi yang dijalankan oleh sindikit ini adalah dengan menyimpan stok minuman keras yang tidak bercukai pada van dan memunggah apabila di tempah oleh pelanggan,” katanya.

Menurutnya lagi, lelaki dan kesemua barang rampasan termasuk 5 buah van pelbagai jenis dibawa ke PPM Pelabuhan Klang bagi siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1 juta, kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Klang Selatan untuk tindakan susulan,” ujarnya

Related Articles

Leave a Reply