Home Pertahanan dan Keselamatan APMM bantu kru kapal KIRAN AUSTRALIA tidak sedarkan diri ke hospital

APMM bantu kru kapal KIRAN AUSTRALIA tidak sedarkan diri ke hospital

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 26 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang membantu menyelamatkan seorang kru kapal KIRAN AUSTRALIA yang tidak sedarkan diri untuk dibawa ke Hospital Pantai Pulau Pinang, semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, anggotanya telah diaturgerakkan ke lokasi bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa di sekitar 33.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Menurutnya, pihaknya telah dihubungi oleh Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Ankara, Turki berhubung seorang kru kapal Kiran Australia yang tidak sedarkan diri ketika kapal dalam perjalananan menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang.

“Setibanya bot PERKASA 1221 berada dilokasi tersebut, mangsa dipindahkan daripada kapal ke bot untuk dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke hospital,

“Setelah mangsa tiba di jeti, Dogan Serafettin,60, yang merupakan wargangnegara Turki dibawa ke Hospital Pantai Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Dalam masa yang sama, Abd Razak mengingatkan orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut kepada Pusat Operasi APMM Pulau Pinang dengan segera. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply