Home SemasaGlobal 7 maut, 140 cedera dalam protes rampasan kuasa Sudan

7 maut, 140 cedera dalam protes rampasan kuasa Sudan

by M.Daim

KHARTOUM, 26 Okt – Seramai 7 orang penduduk Sudan disahkan maut selepas pasukan tentera bertindak melepaskan tembakan kepada kumpulan protes terhadap rampasan kuasa, hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan Sudan.

“7 maut serta 140 cedera dalam pertembungan antara tentera dan penduduk protes rampasan kuasa,” lapor agensi al-Hadath.

Protes dilancarkan sebaik sahaja tentera menahan Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan pemimpin politik negara Afrika itu.

Jeneral Abdel Fattah al-Burhan yang mengetuai rampasan kuasa tersebut telah membubarkan kerajaan peralihan Sudan.

Abdel Fattah turut mengumumkan darurat di seluruh Sudan dan berjanji untuk melaksanakan pilihan raya pada tahun 2023. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply