ANKARA, 25 Okt – Kerajaan Turki mula melaksanakan prosedur perolehan jet pejuang F-16 dari Amerika Syarikat (AS).
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pertahanan Turki, Hulusi Akar.
“Turki telah mula melaksanakan kerja-kerja teknikal bagi melakukan perolehan jet pejuang F-16 dari AS,
“Kekuatan Turki secara langsung memberi kesan kepada keupayaan ketenteraan Pertubuhan Pejanjian Atlantik Utara (NATO),” kata laporan media Turki, Ahval.
Terdahulu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengesahkan perolehan F-16 akan dilakukan mengikut cadangan Washington sebagai bayaran semula penyingkiran Ankara dari Program Jet Pejuang F-35 Lightning II.
Penyingkiran dilakukan oleh AS berikutan perolehan sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia. Pembelian aset tersebut turut menyebabkan industri pertahanan Turki menerima sekatan dari Washington.
Pada masa yang sama, Turki turut mempertimbangkan peroleh jet pejuang Sukhoi Su-35 dan Su-57 dari Rusia sekiranya rancangan perolehan F-16 gagal.
Ini terutamanya pihak Senat AS akan mengemukakan usul untuk menghalang penjualan F-16 kepada Turki. – airtimes.my