Home SemasaGlobal Raja Dadah Colombia berjaya dicekup

Raja Dadah Colombia berjaya dicekup

by Natasha Azereen

BOGOTA, 25 Okt – Raja Dadah Colombia, Dairo Antonio Úsuga David atau lebih dikenali sebagai Otoniel telah berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan negara Amerika Latin itu pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Colombia, Iván Duque yang menyatakan Otonel ditahan dalam sebuah serbuan di kawasan luar bandar Urabá Antioqueño.

“Ini merupakan suatu tamparan yang hebat kepada pihak berkuasa Colombia sejak kejatuhan Pablo Escobar pada era 90-an,

“Beliau dianggap pengedar dadah paling berbahaya di dunia,” jelas Duque dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media Colombia.

Beliau juga menjelaskan, Otoniel merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan anggota polis, tentera dan aktivis.

“Tangkapan terhadap Otoniel ini, ia jelas sebagai satu mesej kepada mana-mana ahli kumpulan Kartel Clan del Golfo yang masih bersembunyi, agar tampil menyerah diri kepada pihak keselamatan,” tegas Presiden Colombia.

Beliau juga menambah kejayaan ini adalah hasil kerjasama pihak kerajaan Colombia bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Otoniel digelar sebagai Raja Dadah Colombia selepas era Pablo Escobar. Berusia 50 tahun, beliau turut dikenali sebagai Mauricio dan Mao.

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menawarkan imbuhan sebanyak US$ 5 juta sekiranya Otoniel ditangkap. Beliau merupakan salah seorang pemimpin tinggi kumpulan Los Urabeños (Autodefensas Gaitanistas). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply