Home Semasa MA63: RUU pinda Perlembagaan Persekutuan ditunda – Wan Junaidi

MA63: RUU pinda Perlembagaan Persekutuan ditunda – Wan Junaidi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Okt –  Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia bagi pembentangan sidang kedua di Dewan Rakyat ditangguhkan untuk sementara waktu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi menegaskan pembentangan akan diteruskan pada satu tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, penangguhan ini bertujuan untuk membolehkan Peguam Negara menjelaskan cadangan pindaan kepada anggota Kabinet dengan teliti sebelum dibentang ke Parlimen.

“Pada dasarnya, kabinet telah bersetuju untuk meluluskan memorandum undang-undang yang dicadangkan,

“Namun ada beberapa ahli yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang beberapa perkara berkaitan,” katanya.

Beliau menambah, Peguam Negara akan AG menghadiri mesyuarat kabinet pada Jumaat 29 Oktober ini untuk  menjawab sebarang kemusykilan ahli kabinet sebelum ia dibentangkan ke Parlimen.

Pada masa yang sama, beliau berharap pembentangan RUU ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan penuh oleh semua pihak.

Terdahulu, RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan dilaporkan akan dibentang di Dewan Rakyat pada 26 Oktober ini.

Pindaan dibuat bagi mentakrifkan semula kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia sebagai rakan sekutu.

Ia melibatkan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply