Home Semasa Krisis politik Sudan: 42 rakyat Malaysia dalam keadaan selamat – Wisma Putra

Krisis politik Sudan: 42 rakyat Malaysia dalam keadaan selamat – Wisma Putra

by M.Daim

PUTRAJAYA, 25 Okt – Kementerian Luar Negeri hari menyatakan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan politik semasa di Sudan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihak kedutaan sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia di Sudan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum melaporkan kesemua 42 rakyat Malaysia, termasuk 27 pelajar dilaporkan berada dalam keadaan selamat,

“Pegawai-pegawai Kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka,” kata kenyataan itu.

Jelas Wisma Putra, pihak kementerian akan terus berusaha melindungi kesemua kepentingan negara di wilayah Afrika itu, termasuk Kompleks Petronas Sudan.

“Komplek Petronas Sudan turut menempatkan Kedutaan Besar Malaysia, dan Agensi-Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa,” jelasnya.

Selain daripada itu, Wisma Putra turut memanggil wakil kerajaan Sudan bagi menyuarakan kebimbangan rakyat Malaysia di negara itu.

Sudan kembali ke kancah krisis politik apabila pasukan tentera negara itu bertindak menahan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok; Menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin politik serta gabenor.

Sehingga kini, nasib Abdalla masih belum diketahui selepas beliau dikenakan tahanan rumah di Khartoum.

Selain daripada itu, gangguan perkhidmatan telefon dan internet dilaporkan berlaku di Khartoum. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply