Home Semasa Individu tersenarai dalam Pandora Papers dikehendaki beri penjelasan – Menteri

Individu tersenarai dalam Pandora Papers dikehendaki beri penjelasan – Menteri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi hari ini menegaskan kerajaan akan meminta mana-mana individu yang tersenarai untuk memberikan penjelasan.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara tersebut.

“Kita akan maklum kepada individu berkenaan untuk buat penjelasan. Bahkan mereka dibolehkan membuat penjelasan peribadi dalam Parlimen,” katanya.

Pada masa yang sama, Wan Junaidi turut memberi jaminan kerajaan tidak akan menganggu mana-mana siasatan oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat salah laku oleh pihak tertentu yang tersenarai dalam pendedahan Pandora Papers.

Selain daripada itu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu ini.

“Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan pendedahan ini,

“Mereka sedang mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa yang sama, Wan Junaidi turut menyatakan sebarang penemuan dalam penyiasatan pendedahan Pandora Papers akan dimaklumkan di Dewan Rakyat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply