Home SemasaGlobal Turki bongkar rangkaian perisikan Israel, 15 ditahan

Turki bongkar rangkaian perisikan Israel, 15 ditahan

by M.Daim

ANKARA, 22 Okt – Seramai 15 orang individu telah ditahan dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak perisikan dan polis Turki.

Operasi yang melibatkan seramai 200 orang anggota keselamatan Turki turut menyaksikan penahanan 7 orang warga Palestin.

Media Turki melaporkan rangkaian perisikan tersebut mensasarkan pelajar asing dan warga Palestin di Turki.

“Individu yang ditahan mendakwa mereka diarahkan untuk memerhati dan mengumpul maklumat mengenai pelajar asing terutamanya warga Palestin yang belajar di universiti,

“Mereka memberikan tumpuan khusus kepada pelajar yang mempunyai masa depan dalam bidang industri pertahanan,” kata laporan akhbar harian Turki, Daily Sabah.

Menurutnya, rangkaian ini turut menerima arahan untuk memantau kumpulan dan organisasi yang melindungi warga Palestin di Turki.

“Mereka mengumpulkan maklumat individu dan kemudiannya disalurkan kepada Mossad bagi tindakan selanjutnya,

“Imbuhan berbentuk wang akan diberikan kepada mereka melalui khidmat kiriman wang serta Bitcoin,” katanya.

Sementara itu, agensi berita Palestin, Shehab mendakwa kesemua 7 warga Palestin termasuk seorang wanita mempunyai kaitan dengan bahagian perisikan Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority).

Mereka diarahkan untuk memantau individu tertentu yang dikehendaki oleh Israel.

“Penglibatan mereka dalam isu ini akan menyukarkan hubungan Palestin-Turki di masa hadapan,” kata laporan itu. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply