Home SemasaGlobal Kes tembak dalam kem pelarian: 7 etnik Rohingya maut

Kes tembak dalam kem pelarian: 7 etnik Rohingya maut

by M.Daim

DHAKA, 22 Okt – Seramai 7 orang pelarian etnik Rohingya maut dalam satu kejadian serangan di sebuah kem di Bangladesh.

Pihak polis Bangladesh menyatakan seorang penyerang telah berjaya ditahan selepas kes tembak berlaku.

“Penyerang telah menembak dan menikam beberapa orang mangsa. Suspek ditahan sebaik sahaja kejadian berlaku,

“Sepucuk pistol, 6 butir peluru dan sebilah pisau ditemui pada saspek semasa ditahan,” kata polis Bangladeh dipetik oleh AFP.

Kejadian terbaharu ini merupakan antara yang terburuk berlaku selepas pembunuhan aktivis dan pemimpin Rohingya, Mohibullah ditembak mati di luar pejabatnya 3 minggu lalu.

Sementara itu, kerajaan Bangladesh akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di kem Rohingya di Cox’s Bazar.

“Pemantauan dan kawalan sempadan turut dipertingkatkan sebagai langkah untuk menghalang sebarang kemasukan dan penjualan dadah di kem Rohingya,” kata Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan Kamal. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply