Home Semasa Johor, Terengganu beralih ke Fasa 4 PPN

Johor, Terengganu beralih ke Fasa 4 PPN

by M.Daim

PUTRAJAYA, 22 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Johor dan Terengganu akan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 25 Oktober ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, keputusan peralihan Fasa PPN bagi kedua-dua negeri ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara,

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama seperti sebelum ini,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply