739
DAMSYIK, 21 Okt – Seramai 14 orang maut apabila sebuah bas tentera Syria meletup di tengah bandar Damsyik, semalam.
Kejadian berlaku ketika kenderaan malang tersebut menghampiri jambatan Hafez Al-Assad.
Menurut media Syria yang memetik kenyataan pihak tentera berkata, bas dipercayai dipasang dengan 2 butir bom.
“Pada pukul 6.45 pagi, bas tentera berkenaan telah meletup berhampiran Jisr al-Rais,
“Bas itu sebelumnya telah dipasang dua alat letupan, menyebabkan kematian 14 individu serta mencederakan yang lain,” jelas wakil tersebut.
Agensi Reuters juga melaporkan, setakat ini tiada mana-mana pihak mengaku terbabit dalam serangan terhadap anggota Tentera Syria yang sedang menaiki bas berkenaan. – airtimes.my