Home Semasa Kampung Orang Asli Ruai, Raub dikenakan PKPD mulai esok

Kampung Orang Asli Ruai, Raub dikenakan PKPD mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perkampungan Orang Asli di Raub, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula esok hingga 4 November ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata pelaksanaan PKPD tersebut membabitkan Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub.

“Selepas meneliti penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Ruai, bermula 22 Oktober hingga 4 November ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada masa sama, tiada kawasan PKPD sedia ada yang dilanjutkan atau ditamatkan setakat petang tadi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply