Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 317 anak anggota tentera, Kementerian Pertahanan terima dos kedua

317 anak anggota tentera, Kementerian Pertahanan terima dos kedua

by Nurulhuda

PULAU PINANG, 20 Okt – Seramai 317 anak anggota tentera dan penjawat awam Kementerian Pertahanan naungan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) menerima suntikan vaksin dos kedua yang dilaksanakan di Padang Kawad, Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) pada Selasa.

Markas 2 Div menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu ini dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam mendokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja kepada anak-anak anggota yang berumur antara 12 hingga 17 tahun.

“PPV Pandu Lalu bagi anak-anak anggota tentera dan penjawat awam Kementerian Pertahanan berusia 12 hingga 17 tahun telah berjalan lancar dengan baik,

“Ibu bapa atau penjaga kepada remaja penerima suntikan vaksin amat berpuas hati dengan pihak pengurusan PPV Pandu Lalu di sini kerana semua perkara telah dirancang dan diatur dengan sistematik,” jelanya.

Seramai 69 petugas, yang terdiri daripada anggota dari 804 Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Paramedik, Staf Sokongan ATM dan Staf Kesihatan Awam Kementerian Pertahanan diaturgerkkan bagi memastikan segala persiapan serta pelaksanaan program vaksinasi pandu lalu di 2 RAMD berjalan lancar.

“Program ini juga bertetapan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan kendiri anggota selain dapat mengekang daripada penularan wabak penyakit COVID-19,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply