if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Eks Bersama Gold serlahkan komitmen bersama negara anggota FPDA

Eks Bersama Gold serlahkan komitmen bersama negara anggota FPDA

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Eksesais Bersama Gold 2021 yang diadakan di Malaysia merupakan satu penghormatan kepada negara sebagai tuan rumah sambut ulang tahun ke-50 penubuhan Aturan Lima Kuasa Pertahanan (FPDA).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, latihan bersama ini turut menyatakan kerjasama antara kelima-lima negara anggota FPDA iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

“Kejayaan mengadakan Eks Bersama Gold 21 seperti yang dirancang bukan sahaja amat bermakna menjelang sambutan ulang tahun ke-50 FPDA,

“Ia turut menyerlahkan komitmen negara anggota FPDA untuk terus bekerjasama rapat dalam usaha menangani ancaman keselamatan semasa terutama di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa sidang video bersama peserta Eks Bersama Gold 2021. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM.

Hishammuddin turut berkesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak dalam menjayakan latihan ini melalui sidang video dengan para peserta latihan.

Eks Bersama Gold 21 merupakan latihan ketenteraan bersama yang diadakan di Luat China Selatan bermula 8 hingga18 Oktober. Latihan bersama ini mengabungkan komponen maritim dan udara.

Selain daripada itu, latihan komponen darat dilakukan secara maya menerusi bengkel peperangan hutan.

Eksesais ini melibatkan 2,467 anggota tentera dan 48 aset dari negara-negara FPDA. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply