Home Politik PRN Melaka pada 20 November

PRN Melaka pada 20 November

by Air Times News Network

MELAKA, 18 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

“SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran pada 5 Oktober 2021 bagi mengisi kekosongan 28 kerusi DUN berkenaan,

“Bagi maksud menjalankan PRU DUN Melaka ini, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut iaitu keluar writ pada 18 Oktober; hari penamaan calon 8 November; hari mengundi awal 16 November dan hari mengundi pada 20 November ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Abdul Ghani berkata, tempoh berkempen pula ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding 8 November sehingga jam 11.59 malam pada 19 November. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply