Home Pertahanan dan Keselamatan Pesawat negara anggota FPDA terbang rendah di Lembah Klang mulai esok

Pesawat negara anggota FPDA terbang rendah di Lembah Klang mulai esok

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Penduduk di sekitar Lembah Klang dinasihatkan agar tidak cemas dan bimbang jika melihat pesawat terbang rendah serta terdengar bunyi enjin pesawat mulai esok.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, latihan penerbangan yang diadakan mulai esok melibatkan pesawat pejuang negara-negara anggota FPDA sebagai persiapan acara terbang lintas (fly-past) sempena Sambutan 50 Tahun Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan 11th FPDA Defence Ministers Meeting.

“Sambutan ini juga akan diraikan dengan satu acara terbang lintas (fly-past) melibatkan pesawat pejuang negara-negara anggota FPDA yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2021 jam 5.45 petang di Pangkalan Udara Subang,

“Bagi menjayakan acara berkenaan, pesawat-pesawat tersebut akan melaksanakan latihan penerbangan melibatkan formasi-formasi penerbangan rendah serta taktikal di ruang udara sekitar kawasan Lembah Klang bermula pada 19 Oktober 2021,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply