Home Semasa Malaysia – Indonesia bincang pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19

Malaysia – Indonesia bincang pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19

by M.Daim

JAKARTA, 18 Okt – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan kesediaan Malaysia untuk mengadakan perbincangan di peringkat dasar dan teknikal dengan Indonesia pengiktirafan bersama sijil vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi pemantauan COVID-19 negara masing-masing.

Menurut beliau, perbincangan tersebut akan memuktamadkan kerjasama sijil vaksinasi MySejahtera yang digunakan oleh Malaysia dan PeduliLindungi di Indonesia.

“Malaysia menyambut baik cadangan bagi kedua-dua negara membuat pengiktirafan bersama sijil vaksinasi COVID-19.

“Kerjasama ini akan memudahkan perjalanan merentas sempadan serta memastikan kawalan kesihatan awam antara kedua-dua negara,” katanya

Selain daripada itu, Saifuddin turut menyambut baik cadangan pelaksanaan gelembung perjalanan Malaysia-Indonesia bagi merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan antara dua negara.

“Usaha ini akan menyumbang semula sempadan secara beransur-ansur,” ujar beliau.

Saifuddin menambah, gelembung perjalanan pada ketika ini memberi keutamaan kepada perjalanan merentas sempadan bagi tujuan rasmi dan perniagaan.

“Ia secara beransur-ansur dibuka bagi tujuan lain seperti pendidikan, pelancongan dan sosial,

“Antaranya, kedua-dua negara boleh meneroka untuk menghubungkan destinasi-destinasi kawasan hijau di negara masing-masing yang akan berfungsi sebagai pintu masuk,” jelas Menteri Luar.

 

 

Related Articles

Leave a Reply