Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia-Filipina perkukuh kerjasama pertahanan

Malaysia-Filipina perkukuh kerjasama pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin hari ini telah mengadakan sidang video dengan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.

Menurut Hishammuddin, beliau bersama rakan sejawatannya telah membincangkan pengukuhan kerjasama antara kedua negara serta kepentingan Kumpulan Pemerhati Antarabangsa di Mindanao (IMT).

“Pengukuhan kerjasama pertahanan Malaysia-Filipina merangkumi operasi dan latihan ketenteraan secara bersama,

“Saya dan Lorenzana turut senada bahawa IMT kekal penting terutamanya dalam memastikan keamanan di Selatan Filipina,” kata Menteri Kanan Pertahanan dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kedua-dua pihak telah berpuas hati dengan perkembangan inisiatif Aturan Kerjasama Trilateral (TCA) dalam menangani ancaman keselamatan di Laut Sulu dan Sulawesi.

Kerjasama TCA antara Malaysia, Indonesia dan Filipina telah dimulakan semenjak tahun 2017.

“Kami bersetuju untuk adakan mesyuarat peringkat Menteri antara ketiga-tiga negara dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan lagi inisiatif ini,” katanya.

Dalam sidang yang sama, Hishammuddin turut menekankan kepentingan ASEAN untuk bersatu dalam isu AUKUS.

“ASEAN harus senada dan bersatu dalam menjawab isu-isu yang berupaya mempengaruhi keselamatan serantau termasuk AUKUS,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply