Bekas Setiausaha Negara AS, Colin Powell meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 18 Okt – Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65, Jeneral Colin L. Powell meninggal dunia.
Perkara tersebut disahkan oleh keluarga mendiang dalam satu hantaran di akaun media sosial rasmi beliau.
“Beliau meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19,” kata hantaran itu.
Menurutnya, Colin telah lengkap menerima dos vaksin.
Colin Powell, 84 tahun merupakan veteran Perang Vietnam. Sepanjang 35 tahun perkhidmatannya sebagai anggota tentera, Powell turut terlibat secara langsung dalam Operasi Just Cause di Panama dan Perang Teluk 1991.
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Negara ke-65 semasa era pemerintahan Presiden George W. Bush. – airtimes.my