Home Semasa Dakwaan PH hutang negara cecah RM1 trilion ternyata tidak benar – Ahmad Maslan

Dakwaan PH hutang negara cecah RM1 trilion ternyata tidak benar – Ahmad Maslan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan dakwaan hutang negara tidak sampai RM1 trilion terbukti tidak benar.

“Tuduhan Pakatan Harapan pada 2018/19 bahawa hutang kerajaan sudah RM1 trilion tidak benar,

“Hingga akhir Ogos 2021 (lepas 3 tahun 6 bulan tuduhan) hutang kerajaan adalah RM965.3 bilion atau 63.3 peratus daripada KDNK,” katanya dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan kerajaan perlukan sumber baru pendapatan bagi mengurangkan hutang dengan segera.

Menurutnya, kerajaan khususnya Menteri Kewangan perlu segerakan Akta Tanggungjawab Fiskal (Fiscal Responsibility Act – FRA) bagi mencapai matlamat tersebut.

“Data Jabatan Kastam Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada era GST perlu dintegrasikan bagi mengurangkan ketirisan,

“Laksanakan cukai sementara terhadap syarikat untuk luar biasa dan belajar daripada negara yang mempunyai hutang bawah 60% KDNK,” katanya sebagai pesanan kepada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply