Home SemasaGlobal Tangki simpanan minyak terbakar di Selatan Lubnan

Tangki simpanan minyak terbakar di Selatan Lubnan

by M.Daim

BEIRUT, 11 Okt – Sebuah tangki simpanan minyak di fasiliti Al-Zahrani di selatan Lubnan terbakar, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 8 kilometer selatan bandar Sidon.

Menurut laporan agensi berita Lubnan, punca kebakaran masih belum diketahui dan usaha memadamkan api sedang dilakukan oleh pasukan bomba tempatan.

“Laluan trafik di kawasan lebuh raya berdekatan ditutup berikutan kebakaran berlaku di fasiliti minyak Al-Zahrani,” kata laporan itu.

Pihak tentera Lubnan telah dikerah untuk memindah keluar penduduk di kawasan sekitar berikutan kebimbangan berlakunya letupan.

Fasiliti minyak tersebut adalah berhampiran dengan stesen janakuasa Al-Zahrani.

Pada Ogos lalu, 30 maut dan 80 lagi cedera selepas berlakunya letupan tangki simpanan minyak di wilayah Akkar, selatan Lubnan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply