Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tanpa mengira bangsa, agama dan kaum: Penyertaan anak muda dalam Tentera Darat dialu-alukan – Zamrose

Tanpa mengira bangsa, agama dan kaum: Penyertaan anak muda dalam Tentera Darat dialu-alukan – Zamrose

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=clwop2vsTaE[/embedyt]

 

PORT DICKSON, 9 Okt – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, Tentera Darat Malaysia (TDM) masih lagi membuka pintu dan mengalu-alukan penyertaan anak-anak muda tanpa mengira bangsa, agama mahupun suku kaum untuk menyertai kerjaya ini.

Beliau berkata, penyertaan anak muda diperlukan dalam menabur bakti demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Di kesempatan ini, saya juga ingin memaklumkan bahawa TDM masih lagi membuka pintu dan mengalu-alukan penyertaan dari kalangan anak-anak muda Malaysia,

“Penyertaan ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun suku kaum yang berminat menyertai kerjaya mulia ini, sekaligus menabur bakti demi mempertahankan kedaulatan negara,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 193/21 di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Menurut Zamrose, TDM kini dalam proses pembesaran dan pewujudan beberapa formasi serta pasukan baharu sejajar dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan pelan strategik TDM iaitu Army 4Next Generation (Army 4NextG).

“Sehubungan itu, keperluan penambahan anggota akan menjadi keutamaan bagi memastikan kelancaran pengoperasian formasi dan pasukan,” jelasnya.

Terdahulu, seramai 2,525 perajurit muda berjaya menamatkan Kursus Asas Latihan Tentera Darat pada acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 193/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply