Home SemasaGlobal Raytheon dianugerah kontrak hasil 724 peluru berpandu ESSM Block 2

Raytheon dianugerah kontrak hasil 724 peluru berpandu ESSM Block 2

by M.Daim

ARIZONA, 7 Okt – Syarikat Raytheon Missiles & Defense telah dianugerahkan kontrak untuk menghasilkan 724 peluru berpandu pertahanan kapal, Evolved Seasparrow Missile Block 2.

Pihak Raytheon dalam satu kenyataan berkata, 2 kontrak telah dianugerahkan oleh pihak Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy).

“US Navy telah menganugerahkan kontrak untuk menghasilkan ESSM Block 2 yang bernilai US$1.28 bilion,

“Selain daripada itu, Raytheon telah dianugerahkan kontrak bernilai US$362 juta bagi menawarkan khidmat kejuruteraan dan sokongan teknikal bagi mendukung penghasilan ESSM,” kata kenyataan itu.

Menurut Raytheon, kontrak menghasilkan peluru berpandu ESSM Block 2 adalah bagi memenuhi keperluan AS dan 9 daripada 11 negara anggota NATO Seasparrow Project Office.

ESSM merupakan sistem peluru berpandu pertahanan udara yang digunakan untuk mengempur sasaran udara termasuk peluru berpandu anti-kapal berkelajuan supersonik.

Peluru berpandu ini dihasilkan melalui kerjasama antarabangsa untuk meningkatkan keupayaan RIM-7 Seasparrow. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply