Home Pertahanan dan Keselamatan SPRM buru 2 lelaki pemegang kad UNHCR bantu siasatan kes rasuah

SPRM buru 2 lelaki pemegang kad UNHCR bantu siasatan kes rasuah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan 2 lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, individu pertama, Noor Bashar Hairul, 26, memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354 -13C00811.

“Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak,” katanya.

Manakala individu kedua iaitu Abu Talab Nur Muhammad, 25, yang memegang kad UNHCR bernombor 354 -15C07305.

Individu tersebut juga mempunyai alamat terakhir dengan Noor Bashar.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Gray Lee Yadon di talian 019-8408395 / 05-5267000 atau emel kepada [email protected]. – airtimes.my

#sprmmalaysia #pelarian #Myammar #perak #UNHCR

Related Articles

Leave a Reply