Home SemasaGlobal Australia belanja RM60 juta selenggara torpedo anti-kapal selam

Australia belanja RM60 juta selenggara torpedo anti-kapal selam

by M.Daim

CANBERRA, 6 Okt – Syarikat Thales Australia telah dianugerahkan kontrak menyelenggara torpedo anti kapal selam, MU90 milik Tentera Laut Diraja Australia (Royal Australian Navy, RAN).

Penganugerahan kontrak tersebut telah diumumkan oleh Menteri Industri Pertahanan, Melissa Price dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kontrak penyelenggaraan torpedo tersebut adalah bernilai A$20 juta (RM60 juta).

“Penganugerahan kontrak ini merupakan komitmen kerajaan pimpinan Scott Morrison dalam memperkukuhkan keupayaan untuk mempertahankan kedaulatan Australia,” katanya.

RAN telah menggunakan torpedo MU90 semenjak tahun 2013. Ia merupakan torpedo anti-kapal selam yang dibangunkan oleh Perancis dan Itali.

Menurut RAN di laman rasminya, torpedo ini direka untuk mengempur kapal selam konvensional serta kapal selam berkuasa nuklear.

Torpedo ini digunakan pada kapal frigat kelas ANZAC dan Adelaide. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply