Home Politik Pembubaran DUN Melaka: Pilihan Raya Negeri diadakan dalam masa 60 hari – SPR

Pembubaran DUN Melaka: Pilihan Raya Negeri diadakan dalam masa 60 hari – SPR

by Natasha Azereen

written by Natasha Azereen | 5 Oktober 2021

PUTRAJAYA, 5 Okt – Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak hari ini mengesahkan pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Melaka.

“Mengikut Perlembagaan Negeri Melaka, satu pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pembubaran DUN itu,

“Mesyuarat Khas SPR akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” jelas Ikmalrudin.

Beliau menambah, tarikh pembubaran adalah 4 Oktober berdasarkan pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

DUN Melaka dibubarkan selepas 4 wakil rakyat telah menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Sokongan terhadap beliau telah ditarik balik oleh Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (PPBM-Telok Mas). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply