Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 8 kru Indonesia, bot bersauh tanpa kebenaran

APMM tahan 8 kru Indonesia, bot bersauh tanpa kebenaran

by Nurulhuda

LUMUT, 5 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot tunda yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pangkor pada Ahad.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, penahanan dibuat semasa rondaan bot Maritim menerusi Operasi Pantas (Op Pantas) yang mengesan bot tunda bersauh di jarak 2.6 batu nautika barat laut, perairan Pulau Pangkor.

Menurut Shahrizan, hasil pemeriksaan mendapati bot tunda tersebut dikendalikan oleh 8 kru warga Indonesia berumur 21 hingga 51 tahun dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia,

“Kapal berserta kru ditahan di ‘South East Point’ (SEP) manakala ketua bot serta ketua jentera dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk siasatan dan tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat APMM,” ujarnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply