Home Politik Idris Haron, 3 ADUN Melaka umum hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri

Idris Haron, 3 ADUN Melaka umum hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri

by Air Times News Network

BANDARAYA MELAKA, 4 Okt – Seramai 4 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan kerajaan.

4 ADUN tersebut adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Menurut Idris, beliau bersama 3 lagi ADUN telah menghantar surat menarik sokongan ke Pejabat Ketua Menteri, pada Isnin.

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan menarik balik sokongan kepada Sulaiman,

“Sekaligus 4 orang kami, akan mencari jalan untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri ini ditubuhkan bagi meneruskan perjalanan dan pentadbiran dimasa hadapan,” katanya pada sidang media, hari ini. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply