Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Projek Jiwa Murni: Tentera Darat baik pulih rumah veteran RRD di Tuaran

Projek Jiwa Murni: Tentera Darat baik pulih rumah veteran RRD di Tuaran

by Nurulhuda

TUARAN, 3 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya menyiapkan Projek Jiwa Murni (PJM) dengan membaik pulih kediaman seorang veteran Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Kampung Tambalang Laut, Pantai Dalit dalam masa 2 minggu.

Projek membaik pulih rumah veteran tersebut telah dilaksanakan oleh anggota Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) dan siap sepenuhnya pada 25 September lalu.

Majlis perasmian PJM di kediaman veteran RRD, Osman Abdullah (60) itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, pada Ahad.

“PJM di kediaman veteran ini melibatkan kerja membaik pulih rumah, antaranya ialah menukar kerangka bumbung, siling, papan dinding dan lantai rumah yang reput. Ini termasuk juga kerja-kerja mengecat,

“Kerja-kerja baik pulih rumah tersebut berjaya dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu yang bermula 9 September 2021 dan siap sepenuhnya pada 25 September 2021,

“Keseluruhan projek disiapkan oleh pasukan 5 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD), sebagai pasukan pelaksana bagi projek ini,” jelas TDM.

Menurut TDM, kediaman Osman merupakan salah sebuah dari 5 buah projek baik pulih kediaman yang berdaftar di bawah PJM KEMENTAH bagi Negeri Sabah.

“4 buah projek yang lain pula melibatkan 2 buah rumah di Kota Kinabalu dan 2 buah lagi di Kinabatangan,

“Sejumlah 107 buah PJM KEMENTAH telah dirancang di seluruh negara untuk dilaksanakan pada tahun 2021 dan ia merupakan salah satu komponen utama Sambutan Hari Tentera Darat Ke–88 yang lalu,” ujarnya.

Tambahnya, sejumlah 66 buah PJM telah siap sepenuhnya, manakala 17 buah lagi sedang dalam pelaksanaan sehingga hari ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply